18 November 2021

SITI NURHALIZA LUAH SYUKUR TERIMA ANUGERAH 'CELEBRITY ENTREPRENEUR OF THE YEAR'



"Alhamdulillah, hari ini saya menerima BBEA. Anugerah Celebrity Entreprenuer Of The Year (Kecantikan & Kesihatan) ini disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar di Hotel Shangri La.

"Anugerah ini adalah penyuntik semangat saya untuk terus berusaha memberikan yang terbaik sama ada dalam bidang perniagaan dan juga hiburan," tulis penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berkongsi berita gembira di laman Instagram selepas menerima Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA), semalam.

Dalam hantaran tersebut, Siti berkata, penganugerahan itu juga menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang perniagaan. Siti dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

"Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur BBEA di atas pemberian anugerah ini. Setinggi-tinggi tahniah juga buat tulang belakang saya terutama sekali suami dan keluarga tercinta serta peminat saya," katanya yang memuat naik dua gambarnya ketika menerima anugerah di acara itu.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: