12 November 2021

TAHNIAH - DR AMALINA TERIMA ANUGERAH WANITA MASA HADAPAN UNITED KINGDOM 2021



"Saya sangat terharu menerima anugerah ‘Highly Commended‘ dalam kategori profesion di UK Women of the Future Award 2021. Rasa rendah diri untuk dikelilingi ramai wanita muda di Britain, peneraju dari pelbagai bidang perubatan, undang-undang, teknologi, STEM, sukan dan banyak lagi," tulis pakar bedah terkenal, Dr. Amalina menerusi laman Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina atau nama lengkapnya Nur Amalina binti Che Bakri, 33, telah menerima penghargaan dalam kategori profesion di Anugerah Wanita Masa Hadapan United Kingdom 2021 (UK Women of the Future Award 2021).

Menurut Amalina, beliau terharu dan rasa rendah diri dikelilingi wanita-wanita muda Britain yang hadir dari pelbagai bidang. Melihat bahagian komen, rata-rata netizen turut tumpang bangga dengan kejayaan yang diperoleh anak kelahiran Malaysia itu dan mengucapkan tahniah kepada Amalina atas pencapaiannya.

Klik untuk gambar besar











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: