20 November 2021

TERIMA ANUGERAH DIPERTIKAI, DIKATA BELI - INI JAWAB LAN SOLO



"Anugerah tu bukan saya minta, orang nak bagi. Jadi saya anggap ia satu penghargaan buat usaha kami. Walaupun kedai runcit tapi usaha kami melebihi apa yang sepatutnya dan secara tak langsung terus di iktiraf. Tak pasti la pula kalau ada anugerah yang boleh dibeli kerana bagi anugerah ini, saya dapat panggilan daripada penganjur... diberitahu tercalon dan menerima anugerah kategori Top Leading CEO 2021.

"Apa relevannya nak beli anugerah sedangkan masing-masing usahawan mampu berusaha menaikkan branding sendiri dan menaikkan jenama sendiri," kata penyanyi Lan Solo apabila anugerah 100 Top Young CEO 2021 yang diterimannya bersama isteri, Nur Sheila Hassim, 35, dipertikaikan.

Dalam masa sama, Lan bersyukur apabila usahanya bersama isteri mula menampakkan hasil selepas mengharungi pelbagai kejayaan apabila tersenarai sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut, meskipun tidak sampai dua tahun kedai runcit Borneo Mart bertapak.

Klik untuk gambar besar



Namun di sebalik pencapaian itu masih ada netizen yang memperkecil dan memperlekehkan usaha dilakukan Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, sehingga berjaya menerima anugerah tersebut.

"Rasanya orang boleh nampak kami punya struggle sejak dulu. Daripada lima botol kicap dan modal RM500, Alhamdulillah dah boleh masuk dua kontena setiap bulan. Kedai pun lebih selesa, saya rasa progress tu cukup kot untuk dinilaikan bagi saya peroleh award tu dan mungkin rezeki saya tahun ni, saya bersyukur sangat-sangat. Yang saya tahu saya usaha je, ganjarannya nanti Allah yang bagi.


Ketika ditanya apa yang menjadi penyuntik semangat dan sumber kekuatan untuk dia terus maju dalam perniagaannya, Lan berkata selain isteri dan anak, keluarga serta pekerja yang terlibat sepanjang dia berniaga adalah pendorong untuk dia terus maju ke hadapan.

"Mereka ni la yang jadi penyuntik saya bekerja keras, mereka adalah penyumbang kepada saya untuk berkongsi manfaat. Saya tak pernah ambil peduli kata-kata orang yang negatif, tapi kalau kritikan tersebut membina saya akan ambil daripada sudut positif dan anggap ia sebagai cabaran.

"Kerjaya seni saya masa PKP terumbang ambing on off jadi ia memberi saya ruang dan masa untuk fokus berniaga. Bagi saya rahsia kejayaan adalah fokus dalam apa jua benda, InsyaAllah akan peroleh result yang baik," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: