20 November 2021

'PULIH' LUKA CINTA LAMA - SUFIAN SUDAH 'WARMUP', SEDIA KAHWIN JIKA ADA PASANGAN TEPAT



Penyanyi Sufian Suhaimi yang sebelum ini pernah melalui episod putus cinta itu nampaknya tidak melatah apabila seringkali diasak persoalan tentang jodoh, sebaliknya lebih terbuka apabila ditanya tentang perancangannya untuk menamatkan zaman bujang.

Akui Sufian, 29, dia juga berkeinginan untuk mempunyai pasangan hidup apabila melihat rakan-rakan memilih menamatkan zaman bujang dalam era pandemik. Namun menurutnya, dia tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga sehingga bertemu dengan pasangan yang sesuai dan mempunyai keserasian bersama.

"Saya gembira lihat rakan-rakan saya yang menamatkan zaman bujang, meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan. Ini rezeki mereka. Dalam hidup ni kita nak apa lagi kan? Memang fitrah hidup kita ingin berpasangan, of course ada rasa tu tapi tak ada la sampai terburu-buru nak kahwin secepat mungkin," katanya.

Sufian bagaimanapun memberitahu tidak memilih dan tidak kisah berkenalan dengan wanita yang bukan dalam kalangan selebriti. Ini kerana jelasnya, dia lebih bersifat terbuka dan tidak merahsiakan sekiranya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang.

Klik untuk gambar besar



"Saya nak je dengan orang biasa, saya tak kisah artis ke tak artis kalau sesuai dan serasi kita jalan je. Saya bukan jenis nak rahsiakan kalau saya ada berkawan dengan someone special tapi saya tak ada lah nak berkongsi semua pasal peribadi dan perancangan bersama dia. Not sharing too much.

"Saya nak apabila bersama dengan someone tu ada rasa bahagia, tak terbeban, rasa saling mencukupi. Daripada segi fizikal sedap mata memandang," ujarnya.

Menurut Sufian, dia telah melewati fasa 'pulih' dan bersedia untuk berkahwin sekiranya ada rezeki dan pasangan yang tepat: "Ini bukan tempoh pulih dah, sekarang dah warmup dah. Ready anytime to go, ada jodoh ada restu ibu bapa ada keserasian InsyaAllah jalan," jelasnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: