20 November 2021

MAT DAN BERANG PEMANDU LORI BUANG SAMPAH: "KALAU TERTUTUP WINDSCREEN SAYA MACAM MANA"



Menerusi muat naik di laman Instagram baru-baru ini, pengacara dan personaliti media sosial, Mat Dan telah meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang pemandu lori yang dikatakan telah membuang sampah keluar daripada tingkapnya ketika dia sedang memandu di sebuah jalan raya di Kuala Lumpur.

Menurut Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah, perbuatan tersebut sememangnya tidak boleh diterima kerana ia boleh mengundang bahaya. Kata bapa kepada dua orang cahaya mata itu lagi, perubahan sikap itu seharusnya bermula daripada diri sendiri dan tidak boleh hanya bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.

"Assalamualaikum, tak reti bahasa sungguh lori yang dekat depan saya ni, BLB 396. Dia tengah memandu di hadapan, tiba-tiba dia buang satu plastik daripada tingkap lori tu. Kalau tertutup saya windscreen saya macam insiden motosikal baru-baru ni macam mana? Perbuatan macam ni bahaya. Tak boleh buat macam tu.

Klik untuk gambar besar



"Attitude tu sangat teruk. Selalu ambil lewa sebab harapkan DBKL yang akan buat kerja. Jadi, tiada masalah kalau buang merata-rata pun. Tak boleh berfikiran macam tu. Sampai bila nak buat macam tu?," katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar teguran Mat Dan ini dapat memberi kesedaran kepada ramai pihak.

"Saya pernah kena. Bawak kereta mahal tapi makan lepas tu buang jer polistrine makanan tu ikut tingkap kena kereta saya. Tak faham la attitude orang macam ni." - "Kebersihan itu SEPARUH dari iman." - "Betul memang banyak yang bersikap begitu tiada rasa tanggungjawab."



"Betul. Memang angin je kalau duduk belakang kereta yang duduk buang sampah main lempar keluar tingkap. Mentaliti masih di takuk lama," antara komen-komen netizen.

Untuk makluman, Mat Dan telah mendirikan rumah tangga bersama wanita asal Terengganu Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Zayne Tyler, 3, dan Muhammad Eydan Tyler, 1.

Mat Dan juga dikenali sebagai hos beberapa program televisyen, antaranya 'Haramain Backpackers' dan 'Mat Dan Kaki Jalan', selain pernah muncul sebagai pelakon.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: