11 December 2021

AYU PUTEH & ANAKNYA, WANNA ALI DISAHKAN POSITIF



"Keadaan Wanna paling teruk kerana dia dijangkiti dahulu. Wanna demam panas, sakit kepala dan mengalami tekanan darah rendah. Saya berjangkit daripada Wanna. Disebabkan kami sudah lengkap dua dos v@ks1n C0V1D, kami putuskan untuk kuarantin kendiri di rumah," kata pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Datuk Ayu Puteh yang mengesahkan dia dan anaknya, pelakon Wanna Ali positif C0V1D.

Ayu atau nama sebenar, Mashayu Puteh, 44, memberitahu mereka disahkan positif sejak seminggu lalu dan masih menjalani kuarantin kendiri di rumah. Berkongsi keadaan mereka selepas seminggu kuarantin, penerbit filem 'Ada Apa Dengan Dosa' ini meluahkan rasa syukur kerana makin pulih.

"Sebaik disahkan positif, kami tidak mahu terlalu manjakan diri. Semua ubat yang diberi hospital, kami ambil secara konsisten. Selain itu, kami amal petua yang disarankan rakan-rakan yang pernah dijangkiti virus ini. Apabila kita ikut arahan doktor, selepas lima hari demam teruk, keadaan kami semakin pulih. Batuk sudah hilang. Cuma badan kami sakit seperti kena pukul," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Berikutan keadaannya, Ayu terkilan tidak dapat bersama karyawan filem memeriahkan Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi: "Sepatutnya saya bersama rakan seperjuangan memeriahkan acara FFM31... Tapi hendak buat macam mana," ujarnya.

Sementara itu, Ayu memohon maaf kerana tidak memberitahu jangkitan dialami lebih awal: "Sepanjang tempoh itu, kami perlukan masa untuk diri sendiri dan berdoa semoga segera sembuh. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kami sembuh," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: