25 December 2021

BEKAS PEGAWAI TUDM 'SOUND' - FADZIL ZAHARI & ARIZ RAMLI (CAPRICE) NAFI PERLI



Baru-baru ini, pelakon dan penerbit Fadzil Zahari dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau dulu dikenali sebagai Caprice telah memuat naik perkongsian gambar aset dan kenderaan yang digunakan oleh agensi keselamatan.

Susulan perkongsian itu, ada yang mendakwa posting tersebut ada 'double meaning' seolah mempersoalkan keberadaan aset-aset agensi keselamatan.

Perkongsian Caprice itu mengundang rasa bengang seorang bekas pegawai TUDM iaitu Capt (R) Raeiz Hamed RMAF melalui aplikasi TikTok mendesak mereka membuat permohonan maaf kepada semua agensi keselamatan yang menerima sindiran itu.

Menurutnya, bukan semua aset tersebut sesuai digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir terutama kereta kebal seperti yang dimuat naik dalam posting Caprice.

Klik untuk gambar besar



"Terutamanya aku nak shout-out sikitlah dekat Caprice ni. Kau pernah masuk tentera ke? Kau tahu ke prosedur nak menggerakkan aset-aset military ni”

"Kau tahu tak ada aset-aset yang kau upload dekat posting kau tu sebenarnya tak sesuai untuk bantu mangsa-mangsa banjir Kejadah apa kau nak gerakkan kereta kebal masuk ke kawasan banjir," katanya.

Sementara itu, diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan perkongsian tersebut. Malah, ada netizen mengatakan ada pasukan penyelamat yang sibuk menyelamatkan mangsa banjir sedangkan keluarga mereka perlu selamatkan diri sendiri.

Enggan berdiam diri, Fadzil dan Caprice telah tampil menjelaskan bahawa mereka tidak memerli agensi keselamatan seperti yang didakwa. Adik kepada pelakon Farid Kamil ini turut memohon maaf atas kenyataannya yang menyinggung hati.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: