25 December 2021

ISU BERI BANTUAN - VIDA SERU ORANG RAMAI TIDAK TETUMPU DI SATU KAWASAN



"SAYA TAK PUAS HATI!! Tak di nafikan ramai hantar bantuan, tapi lebih tertumpu di pusat bantuan je sampai berlebihan makanan dan sebagainya. Lokasi : Kampung Chemperai, Dengkil," itulah tulis usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menerusi laman Instagram dimana beliau meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan isu bantuan.

Sabtu lalu, banjir besar melanda di beberapa negeri sememangnya mengejutkan ramai apatah lagi banyak kawasan yang tidak pernah dinaiki air turut tenggelam. Disaat genting ini, ramai rakyat kini berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka yang kehilangan harta benda.

Vida juga turut tidak ketinggalan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir. Malah, Vida turut menyeru orang ramai yang ingin memberi bantuan agar tidak tertumpu di satu kawasan semata-mata.

Menerusi perkongsian video, Kata Vida lagi, orang ramai perlu peka kerana masih ramai mangsa yang tidak menerima bantuan yang mencukupi kerana kawasan tersebut tidak mendapat liputan yang meluas.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian video, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman berkata, keadaan itu berlaku kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Dengkil, Selangor:

"Saya tak puas hatilah di kawasan diuar-uarkan contohnya di Hulu Langat dan sebagainya, banyak sangat bantuan. Di sini, mana? Mana? Kalau nak bagi bantuan, hantarlah ke sini di kampung ini. Kalau di sana sampai berlonggok-longgok, melimpah ruah. Di sini tak cukup. Tak cukup bantal, toto, dapur, tong gas dan air," katanya.

Difahamkan, semalam Vida menghulurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Chemperai, Dengkil bersama pasukannya yang turut disertai dua anaknya, Kacak dan Cik B.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: