25 December 2021

MOHON MAAF PERSOAL PERANAN ATM - HARITH ISKANDER SEMPAT SELAMATKAN 12 MANGSA BANJIR DENGAN BOT SENDIRI



"Minta maaf kalau tweet saya menyinggung perasaan. Untuk penjelasan, waktu itu saya berada di 'ground zero' dengan bot sendiri, sempat menyelamat 12 orang yang terperangkap. Bomba, polis, NADMA ada. Dengan iklhas saya tanya fasal ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan," demikian kata pelawak dan pelakon Harith Iskander dalam satu ciapan di laman Twitter.

Harith tampil memohon maaf selepas mempersoalkan peranan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa banjir. Menerusi permohonan maafnya, Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 53, berkata pertanyaan tentang fungsi anggota ATM itu timbul kerana menurutnya pada ketika itu bilangan pasukan keselamatan dalam membantu mangsa banjir masih kurang.

Tambah Harith, dia mengakui tulisannya di Twitter agak kurang jelas hingga menimbulkan salah faham banyak pihak: "Apabila melihat balik kepada tweet itu saya mengaku mungkin tweet saya tak cukup jelas. Apa yang saya maksudkan ialah saya tak nampak angkatan tentera pada waktu dan tempat saya turun padang di empat lokasi sahaja.

"Penduduk dan abang bomba yang saya jumpa di sana pun confirm kepada kami yang ATM belum sampai lagi pada waktu itu. Saya memang menghormati anggota ATM setinggi-tingginya," ujarnya menerusi penjelasan panjang lebar di Instagram.

Klik untuk gambar besar



Beberapa hari lalu, Harith membuat kenyataan di Twitter mengatakan dia tidak melihat anggota ATM berada di kawasan yang terjejas seperti Shah Alam, Banting dan Hulu Langat. Katanya lagi, kenderaan Amphibia merupakan suatu kemudahan yang amat diperlukan dalam misi menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

"Selama empat hari siang dan malam on ground zero di Shah Alam, Banting, Hulu Langat, saya tak nampak pasukan ATM hadir. Adakah mereka hanya akan bertindak apabila bencana banjir ini diisytiharkan sebagai darurat? Kenderaan Amphibia tentera amat berguna untuk menyelamatkan nyawa di Taman Sri Muda," tuturnya.

Dalam pada itu, sebagai seorang anak kepada bekas tentera, pelawak Shahrol Shiro turut memberi respons terhadap dakwaan Harith berkenaan ATM. Kata Shahrol, ini bukan masanya untuk menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak ketika misi bantuan sedang giat dijalankan di kawasan terjejas.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: