Pelakon Anzalna Nasir sebak apabila dipilih menjadi pengganti Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai wajah tudung di bawah legasi milik arwah.
"Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna.
"Selain dari material/ design tudung yang mudah disarung Anzalna tertarik untuk menjadi sebahagian dari Loveta kerana ada permintaan terakhir dari arwah @sitisarahraissuddin iaitu meneruskan legasi Loveta dan dalam masa yang sama dapat menolong team Loveta mencari rezeki untuk keluarga.
Klik untuk gambar besar
"Masa team @lovetahq text dan tanya utk kerjasama ni Anzalna mcm berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dh sinonim dengan nama arwah @sitisarahraissuddin . Banyak kali Anzalna tanya pendapat @hanif_zaki .
"Anyway ini shoot yang sangat menyentuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu emotional. Anzalna sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah @lovetahq," tulis Anzalna.
KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON
________________________
No comments:
Post a Comment