Susulan tular video majlis perkahwinan di Genting Highlands yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, pasangan selebriti terkenal sedia memberi kerjasama untuk memberi keterangan selepas pulang dari menunaikan umrah.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis sudah menghubungi pasangan selebriti terbabit dan mereka kini sedang mengerjakan umrah. Menurutnya, mereka akan memberi kerjasama selepas selesai menjalani kuarantin sebaik pulang dari mengerjakan ibadat itu.
"Selain itu polis juga akan memanggil individu (pelakon lelaki) yang menyambut bunga dalam video tular terbabit kerana dia yang memuat naik dalam media sosial. Pemilik villa terbabit juga akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Dalam laporan sebelum ini, polis sudah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu pada 10.30 malam semalam yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan perkahwinan pasangan itu di sebuah villa di Genting Highlands. Hasil siasatan pihak polis, majlis itu berlangsung pada 8.30 malam, 15 Disember lalu.
________________________
No comments:
Post a Comment