29 December 2021

SERTAI MISI DI SYRIA - ARDELL SEDIH TINGGALKAN SUAMI & ANAK



Pasangan selebriti, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana, nampaknya sudah lama kita tak dengar khabar mereka. Baru-baru ini, pasangan ini turut turun padang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Selepas membantu mangsa banjir, Nadzmi memaklumkan isterinya, Ardell telah berangkat ke Syria dan Lubnan untuk membantu rakyat disana pula.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Nadzmi meminta para pengikut mendoakan agar urusan isterinya di sana dipermudahkan dan selamat pergi serta pulang ke tanah air.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Nadzmi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi pasangan itu. Malah, ada yang mengatakan Ardell sangat beruntung mempunyai suami yang sentiasa menyokongnya.

Dalam pada itu, ada yang tidak dapat menahan sebak melihat anak pasangan itu iaitu Arwa Malaikha Urwa mengelap air mata Ardell yang mungkin sedih untuk meninggalkan anaknya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: