"Kalau viral je itu ini, mesti dia nak masuk juga" - "Betul-betul, cari publisiti murahan" - "Dia ni kes siakap dia mencelah, kes Rina ni dia ada juga," demikian komen-komen netizen selepas usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkongsi foto bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Vida bagaimanapun tampil menyangkal dakwaan kononnya dia sengaja menumpang publisiti atas apa sahaja isu tular yang menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.
Bukan berniat mengambil kesempatan, Vida berkata sebagai personaliti media sosial dia harus mengetahui perkembangan terkini yang sedang berlaku di dalam negara.
"Saya selebriti kontroversi, isu viral sentiasa ada kaitan dengan saya... macam isu siakap kebetulan saya ada di Langkawi, dah alang-alang saya post la. Bukan saya sengaja terbang ke sana untuk dapatkan publisiti.
Klik untuk gambar besar
"Macam isu Yang Berhormat (YB) Rina Harun pula, kami memang kenal antara satu sama lain. Dah kebetulan bergambar bersama jadi saya post saja la, bukan nak ambil kesempatan.
"Sejujurnya saya ni begitu dekat dengan media sosial, jadi apa sahaja isu saya kena tahu... di sinilah tempat seseorang itu jatuh atau naik," katanya kepada mStar.
Sebelum itu, menerusi Instagram, Vida meminta netizen tidak menulis komen negatif terhadap ahli politik itu: "Tak baik dok kutuk-kutuk YB. No sindir-sindir please," tulisnya.
Gara-gara perkongsian itu, netizen berpendapat Vida seolah-olah sengaja mencelah dalam isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Dalam pada itu, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, turut menawarkan diri untuk menjadi penasihat media sosial kepada Ahli Parlimen Titiwangsa itu.
"Bukan nak ambil kesempatan nak minta projek ke atau sengaja nak bodek. Jujur saya cakap dia sangat baik, memang banyak perancangan nak bantu ibu tunggal dan wanita tapi apabila timbul isu macam ni sedikit sebanyak boleh menjatuhkan dia.
"Bukan saya nak back up dia tapi itu la hakikatnya... mungkin dia tak ada penasihat media sosial jadi bagi saya la jadi penasihat dia," ujarnya.
________________________
No comments:
Post a Comment