29 December 2021

SERING BERSUARA DI MEDIA SOSIAL - RITA RUDAINI DEDAH SEBAB KENAPA



"Dari awal dulu, ada yang menegur saya..supaya tak payah lah bercakap, tak payah lah ambil tahu. Biarkan.. Kita jaga kita sudah.. Saya bukan jenis yang suka tengok penindasan pada orang lain apatah lagi penindasan pada diri sendiri. Saya tak nak jaga bontot saya sorang-sorang. Maaf, saya bukan jenis yang pentingkan periuk nasi sendiri.

"Pada saya, orang yang membisu dan hanya jaga diri sendiri adalah mementingkan diri sendiri umpama syaitan bisu, sanggup tengok penderitaan orang lain asalkan diri tak terkena tempias," itulah kata pelakon Rita Rudaini menerusi satu perkongsian di Insta Story, dimana dia mendedahkan sebab dia lantang bersuara dan sering memberikan pendapat secara terbuka di media sosial.

Kata Rita, dia pernah menerima banyak teguran supaya menutup mulut mengenai sesuatu isu. Rita bagaimanapun menegaskan dia bukan seorang individu yang suka melihat penindasan terutama melibatkan dirinya sendiri.

Klik untuk gambar besar



Rita juga mendedahkan dia pernah menolak bayaran berlakon apabila mengetahui ada kru yang tidak mendapat bayaran. Rita turut menyifatkan mereka yang hanya mementingkan sendiri seperti syaitan bisu.

Diakhir perkongsiannya itu, Rita turut mengatakan dia boleh sahaja duduk di rumah berdiam diri dan hanya melihat kesusahan orang lain kerana ia tidak menjejaskan kehidupannya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: