29 December 2021

"BUKANNYA NAK BUAT TUTORIAL, ASALKAN BERSIH" - ZARA ZYA JAWAB TEGURAN TAK PANDAI GUNA 'WATER JET'



Ramai selebriti kita tampil menghulurkan bantuan daripada pelbagai segi termasuk pelakon Zara Zya yang melakukan kerja pembersihan sebuah dewan yang terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, Zara telah menerima teguran yang mengatakan cara pelakon itu menggunakan 'water jet' untuk membersihkan lumpur dalam dewan adalah tidak betul.

Meskipun ada beberapa netizen menegur caranya namun lebih ramai netizen yang memuji pelakon drama 'Love You Mr Arrogant' ini.

Namun begitu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin enggan mengambil serius komen tersebut dan hanya fokus kepada misi bantuan banjir.

"Saya tak ambil serius pun dengan komen-komen negatif netizen. Bagi saya, janji saya dah jalankan tanggungjawab memberi bantuan kepada yang memerlukan.

Klik untuk gambar besar



"Lagipun, saya turun padang beri bantuan dengan membawa amanah orang ramai yang beri sumbangan. Jadi, siapa yang negatif kita tolak tepi. Bukannya nak buat tutorial, tapi asalkan dua jam setengah dewan itu sudah bersih... tu yang penting," kata Zara ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini memberitahu dia bersama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Prihatin memulakan misi bantuan itu sejak 20 Disember lalu. Selain memberi bantuan barangan dan tenaga, Zara juga membantu penduduk yang terjejas daripada segi emosi.

"Saya mula misi bantuan ini pada 20 Disember lalu tapi hanya pekerja saya yang pergi menghantar barang bantuan kepada mangsa banjir.

"Hari Ahad lalu barulah saya turun padang ke kawasan terjejas di Temerloh bagi sumbangan barang selain tenaga. Tak kisah apa saja yang diperlukan penduduk, saya akan bantu. Tak semestinya barang tapi dari segi emosi (trauma healing)," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: