20 December 2021

ISU RAHSIAKAN PERKAHWINAN - ARIFF BAHRAN AKUI TIADA NIAT



Sebelum ini nama penyanyi Ariff Bahran, 23, menjadi perbualan selepas aksinya mencium dahi seorang penari wanita ketika membuat persembahan duet bersama penyanyi Sarah Suhairi, dalam Anugerah Drama Sangat 2020 (ADS2021).

Namun segalanya terjawab apabila wanita berkenaan merupakan isteri bekas peserta Big Stage musim pertama itu yang sudah dinikahinya sejak tiga bulan lalu.

Ditanya lanjut mengenai perkara tersebut, Bahran menjelaskan selepas hampir tiga tahun berkenalan, dia akhirnya selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya yang juga seorang penerbit program masakan dikenali Amirah Syazwani Mohd Ridzuan, 27, pada 3 September lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam.

Bahran dalam pada itu berkata dia bukan sengaja mahu merahsiakan berita pernikahannya, sebaliknya dia enggan menyusahkan mana-mana pihak untuk menghadiri hari bahagianya ketika negara berdepan pandemik.

"Sepatutnya kami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu, tapi disebabkan kes C0V1D masih tinggi, jadi kami terpaksa tangguhkan majlis pernikahan beberapa kali. Namun, Alhamdulillah tanggal 3 September lalu kami bersepakat untuk bernikah juga selepas kedua-dua belah keluarga bersetuju dan memberi restu.

Klik untuk gambar besar



"Lagipun, segala persediaan untuk hari pernikahan sudah pun siap dibuat. Saya tak berniat untuk merahsiakan hari pernikahan kami, cuma saya enggan menyusahkan saudara-mara atau teman terdekat dalam waktu yang mencabar ini," jelasnya.

Tambah penyanyi yang popular menerusi lagu 'Kata Akhirmu' itu, dia dan isteri juga merancang menganjurkan majlis resepsi mereka, tahun depan.

"Kami ada merancang mengadakan majlis resepsi. Namun, disebabkan saya terbabit dengan penggambaran hingga Mac tahun depan, maka kami belum dapat memutuskan tarikh sesuai," ujarnya.

Mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata, Bahran dilihat tenang menjawab pertanyaan terbabit dan menyerahkan soal zuriat kepada isterinya.

"Saya tahu soalan ini akan ditanya oleh sesiapa saja. Apa yang mampu saya katakan, soal zuriat saya serahkan kepada isteri kerana dia yang akan melahirkan anak kami nanti. Saya sangat menghormati dirinya. Kalau buat masa ini, dia belum bersedia untuk menimang zuriat dan saya okey saja. Tapi, andai dia sudah bersedia untuk bergelar ibu saya orang yang paling gembira ," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: