07 December 2021

JADI PENGHANTAR MAKANAN - KEFLI AF3 TAK MALU, ANGGAP ITU BUKAN LAMBANG KEGAGALAN



"Saya tak ada rasa malu sebab bukannya buat benda yang salah, hanya berniat nak bekerja untuk menyara keluarga. So far Alhamdulillah boleh hidup, nak kata kaya tu tidaklah. Tetapi cukup untuk menampung anak dan isteri serta membantu ibu bapa.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan memberi komen positif kepada saya. Kalau jumpa saya hantar makanan janganlah sampai terkejut, macam mana pula dengan perasaan rider yang lain?

"Mesti perasaan mereka tergores juga, anggap sahaja menjadi penghantar makanan ini sama seperti pekerjaan lain di luar sana. Kerja ini berbaloi, kalau tak kenapa ramai yang jadi rider?" kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Kefli yang mengakui tidak berasa malu dengan pekerjaan itu dan menganggap ia berbaloi dan mampu untuk menanggung anak, isteri dan ibu bapanya.

Nama Kefli atau nama sebenarnya, Mohamed Zulkefli Mohamed Idir, 37, menjadi perhatian selepas perkongsian peminat di laman sosial yang terkejut mengetahui penyanyi itu kini menjadi penghantar makanan.

Klik untuk gambar besar



Pada minggu lalu, tular perkongsian seorang peminat yang terkejut apabila nama Mohamed Zulkefli Mohamed Idir muncul di aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan. Pembaca itu turut mendoakan Kefli sentiasa dilimpahkan rezeki walau dalam apa keadaan sekalipun.

Kefli turut berkata dia sudah setahun melakukan pekerjaan itu menyara keluarganya. Dalam masa sama, dia juga mempunyai sebuah gerai makan Prapp Corner di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, sejak 10 tahun lalu.

"Sekarang ni saya berniaga di Prapp Corner, dah lebih 10 tahun di sini. Bisnes agak perlahan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, saya pun buatlah apa yang patut untuk menjana pendapatan sendiri dengan menjadi penghantar makanan. Saya dah biasa bawa motor, jadi memang tak kekok kalau nak melakukan pekerjaan macam ini," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar.


Pada minggu lalu, tular perkongsian seorang peminat yang terkejut apabila nama Mohamed Zulkefli Mohamed Idir muncul di aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan. Pembaca itu turut mendoakan Kefli sentiasa dilimpahkan rezeki walau dalam apa keadaan sekalipun.

Sementara itu, ditanya tentang keinginan untuk beraksi semula dalam industri seni, Kefli menjelaskan dia masih lagi berminat dan merancang untuk hasilkan sebuah single.

"Nak kata saya berhenti terus dari melibatkan diri dalam bidang seni itu tidaklah, cuma sedar sekarang ni ada banyak persaingan. Kalau diberikan peluang memang saya kembali semula dalam industri seni. Ada juga plan nak buat single, cuma kalau ditanya bila itu saya masih tak pasti lagi," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: