07 December 2021

TAMPIL BERAMBUT PERANG - DA'I SYED WARNAKAN UNTUK JADI LEBIH YAKIN



Pendakwah muda dan juga seorang penyanyi, Da'i Syed Shah Iqmal baru-baru ini dilihat telah tampil dengan rambut berwarna perang. Bagaimanapun, penampilan terbarunya itu dipersoalkan netizen.

Berhubung perkara tersebut, Syed menjelaskan dia membuat keputusan untuk mengubah imejnya sejak tahun lalu selepas pelbagai musibah melanda dirinya. Jelasnya, dia mewarnakan rambut menggunakan inai.

"Saya akui mewarnakan rambut dengan menggunakan inai. Sebenarnya, saya buat ini ketika diri dilanda dengan segala musibah yang berlaku pada tahun lepas. Saya jadi tak yakin nak jumpa dengan orang.

"Bila saya perangkan rambut ini, ubah sikit imej dan penampilan, adalah rasa yakin sikit. Tak salah pun sebab saya pakai inai, bukan guna produk yang menghalang air atau yang menyukarkan saya untuk berwuduk atau mandi wajib," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Da'i Syed berkata dia tidak menolak kemungkinan akan mengubah lagi penampilannya kepada yang lebih bersesuaian di masa akan datang.

"Contohnya, mungkin saya akan potong rambut pendek jika saya sudah jodoh, siapa tahu bukan? Tapi tentang perkara ini, saya serah pada Allah SWT. Buat masa sekarang, apa yang saya boleh katakan, saya mahu fokus pada keluarga.

"Ramai saja yang tanya saya bila nak kahwin…Contohnya bila saya balik kampung. Tapi, tak apalah, saya mahu fokus pada keluarga dulu. Bukan klise... Memanglah saya ada hasrat nak juga kahwin satu hari nanti. InsyaAllah, kalau ada nanti saya beritahu," ujarnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: