Jika sebelum ini penyanyi Mark Adam disahkan positif C0V1D selepas menyertai misi bantuan banjir, terkini isterinya pula iaitu Norazah Redzuan pula menerima nasib yang sama. Akur dugaan itu, Norazah berharap akan diberi kekuatan berdepan ujian berkenaan.
"Saya mendapat panggilan hospital yang mengesahkan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang saya buat semalam positif. Jadi bukan hanya Mark, saya juga diuji dengan nasib yang sama. Saya sudah ke Pusat Penilaian C0V1D (CAC) untuk mengambil gelang pink.
"Jika sebelum ini, saya cuba jadi kuat untuk suami. Namun, kali ini, pilihan yang ada untuk saya dan suami menjadi kuat bersama. Saya dan suami akan menjalani kuarantin kendiri di rumah, bagaimanapun di bilik berasingan," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Norazah memaklumkan keadaan suaminya masih terkawal biarpun hilang deria rasa dan bau, semalam. Norazah berkata, dia dan suami terbabit dengan misi bantuan banjir pada Khamis lalu.
"Ketika misi bantuan banjir cuaca panas terik. Kami sempat ke dua lokasi. Sekembali daripada misi ini, keadaan suami masih okay dan tiada apa-apa yang berlaku.
"Bagaimanapun, keadaan jadi sebaliknya sehari selepas menyertai misi bantuan banjir pada Jumaat. Suami mula tidak sedap badan dan hidung mula tersumbat," jelasnya.
________________________
No comments:
Post a Comment