05 December 2021

PRA-BULAN MADU - ZIZI KIRANA DIPUJI JAGA AURAT, SIAP PAKAI STOKING DALAM AIR



"Pre-honeymoon with my lovely wife @zizi_kirana. Banyak lagi pulau yang kami tak sempat nak pergi sebab tak cukup masa kena balik sebab kerja. Insya-Allah next trip, Pulau Mabul!" tulis pelakon Yusuf Bahrin di ruangan kapsyen video dirinya bersaama isterinya, penyanyi Zizi Kirana sedang menikmati percutian pra-bulan madu di Semporna, Sabah.

Namun di sebalik perkongsian tersebut, mata wargamaya lebih terarah pada penampilan Zizi yang sopan menutup aurat walaupun melakukan aktiviti di tepi pantai dan tengah lautan. Tidak hanya itu, penampilan Zizi yang mengenakan stoking kaki dengan jubah beserta tudung labuh itu turut mendapat pujian ramai.

Rata-rata wargamaya suka melihat perubahan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36, dan turut sama memuji Yusuf, 29, kerana pandai menjaga isterinya.

Klik untuk gambar besar



"Subhanallah, hebat Zizi jaga aurat kaki. Dalam air pun pakai sock. Tak ramai boleh buat macam ni. Semoga istiqamah. Doakan saya juga ya." - "Sweetnya, bersemut tengok video ni tetiba teringat saat honeymoon. Apa pun hebat Zizi jaga aurat, dalam air pun pakai stoking. Ramai tak dapat buat termasuk saya yang dah lama bertudung."

"Semoga hijrah dalam peliharaan Allah." - "Allahuakbar Zizi, kagum betul dengan perubahan Zizi." - "Subhanallah, comel isteri. Sejuk mata memandang." - "Alhamdulillah, bagusnya Zizi tudung labuh. Semoga istiqamah, amin," antara komen-komen wargamaya.





KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: