"You (Bella), ini ucapan untuk awak. Terima kasih kerana selalu ada, bukan hanya di backstage tapi dari rumah, bawakan baju semualah. Awak superwoman, saya gembira dan saya tak mampu jadi terbaik tanpa awak. Result dua minggu ini pun not for me, ini untuk my wife, keluarga dan peminat yang mendoakan.
"Thank you so much sayang I love you," kata bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Aliff Aziz yang tampil memberi ucapan sweet kepada isterinya, Bella Astillah selepas menjadi sumber kekuatan atau 'tulang belakang' sepanjang di pentas GV.
Menurut Aliff, kejayaannya mendapat tempat pertama dua minggu berturut-turut di pentas GV bukanlah disebabkan dia seorang, sebaliknya banyak dibantu oleh Bella yang dinikahinya pada 2016.
Klik untuk gambar besar
Ditanya bagaimana keadaan anak-anaknya, Muhammad Ayden Adrean (3 tahun) dan Ara Adreanna (setahun) di rumah, Aliff menyatakan dia bersyukur apabila keluarga banyak membantu menguruskan mereka.
"Anak-anak Aliff ada bapa mentua jaga. Ada makcik-makcik mereka yang rapat jagakan anak kami. Paling penting, mereka juga tengok persembahan saya dekat rumah, tak sabar nak jumpa mereka peluk mereka," jelasnya.
Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment