07 December 2021

RASHIDI ISHAK PULA DIJANGKITI C0V1D... "SUMPAH TAK BEST SAKIT NI"



"Maka bermulalah staycation 10 hari yang tak dirancang. Aku dah buat test bila team produksi berhenti penggambaran kerana ada kes di set. Masa tu negatif. Aku pun mulalah kuarantin kendiri di rumah.

"Tapi bila dua hari sudah aku tiba-tiba demam teruk dan badan sakit, aku bagitahu pihak produksi. Mereka uruskan doktor datang ke rumah buat swab test, kali ni confirm aku positif. Doktor tu cakap jangan panik, ambil ubat dan monitor sendiri keadaan. Dia akan lapor pada KKM.

"Pegawai kesihatan call aku tanya soalan2 lazim kepada pesakit C0V1D. Aku pun jawab dengan tenang. Dia minta aku pergi pusat penilaian C0V1D (CAC) terdekat. Dia hantar kat aku semua link berkenaan C0V1D. Aku pun book appointment secara online. Pihak penerbit pula hantar kat rumah aku stok makanan dan juga oxymeter, supaya aku boleh check level oxygen," demikian tylis pelakon, Rashidi Ishak yang memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif C0V1D Di Instagramnya.

Klik untuk gambar besar



"Jadi pagi tadi aku pun pergi lah CAC Nilai dengan keadaan aku yang sakit2 satu badan, kepala berdenyut2. Aku disambut oleh pegawai2 perubatan yang lengkap dgn ppe tu semua. Selepas check maklumat asas, aku pun dikawal selia oleh doktor, blood pressure dan level oksigen. Macam2 dia tanya. Doktor beri aku slip untuk aku scan buat report harian dan dia bagitau aku kalau sesak nafas call 999.

"Sumpah tak best sakit ni. Aku yang dah ada dua dos v@ksiin pun masih sakit tahap gaban. Terima kasih keluarga dan kawan yang call, yang mesej, yang video call. Kalau aku tak jawab tu maknanya aku tengah tidur, mabuk ubat. Kalau korang ada simptom pergi lah check. Take care and stay safe!" tambahnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: