01 December 2021

URUSAN NIKAH - AZZAM SHAM RISAU VAR1AN BAHARU, MOHON DOA DIPERMUDAHKAN



"Alhamdulillah, persiapan kini sudah mencecah 80 peratus. Namun, saya belum dapat berkongsi butiran tarikh majlis nikah itu demi menjaga sensitiviti kedua belah pihak keluarga, tapi yang pasti awal tahun depan. Jujur, memang risau juga apabila timbul pula dugaan baharu itu (varian Omicron). Sebolehnya saya berharap mahu elakkan sebarang halangan yang akan jejaskan majlis kami nanti.

"Bagaimanapun, itulah kita hanya mampu merancang. Saya cuma minta doa semua agar segala urusan kami dipermudahkan," kata penyanyi Azzam Sham, 24, yang berharap ancaman varian baharu Covid-19, Omicron tidak akan membantutkan rancangan pernikahannya dengan tunang juga penyanyi Sheryl Shazwanie, 24, awal tahun depan.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham yang muncul dengan lagu terbaharu berjudul 'Baby Bambam' itu mengakui timbul juga kerisauan apabila terfikirkan kemungkinan itu apalagi persiapan menuju hari bahagia kini rancak dilakukan.

Untuk makluman, Azzam dan Sheryl melangsungkan pertunangan mereka pada 30 September lalu. Majlis itu awalnya dirancang berlangsung pada Mei, namun ditunda kerana kekangan Covid-19.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: