01 December 2021

ALIFF AZIZ TITIP PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI: "WITHOUT ALLAH, I AM NOTHING"



"Tanpa henti menitipkan peringatan untuk diri sendiri. Tanpa Allah SWT, saya bukan siapa-siapa. LailahaillAllah," tulis penyanyi Aliff Aziz menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Nama Aliff menjadi bualan ramai selepas menyertai Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), malah nyayiannya turut mendapat pujian. Meskipun begitu, ianya bukan tiket untuk suami kepada Bella Astillah ini hanyut dengan pujian.

Dalam hantaran tersebut, Aliff yang kini semakin mendekatkan diri dengan agama itu memberi peringatan pada diri agar tidak terleka dengan duniawi kerana dia bukan siapa-siapa tanpa Allah.

Sudah dua minggu mendapat markah tertinggi di GV8, nama Aliff Aziz telah diramal bakal ke pentas akhir dan menjadi juara program tersebut jika persembahannya terus meningkat.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: