06 December 2021

UYAINA IMPI NAK KAHWIN ATAS KAPAL, TAPI SEKARANG MAHU SIMPLE SAHAJA



Setiap pasangan pasti memasang impian mempunyai perkahwinan idaman, begitu jugalah dengan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad yang mengidam berkahwin di atas kapal.

Ditanya mengenai perancangan majlis perkahwinannya, Uyaina berkata jika dulu dia mahu adakan majlis di atas kapal, namun kini cukup sekadar majlis ringkas sahaja.

"Kalau dulu orang tanya apa wedding idaman, saya kata mahu kahwin atas kapal... benda-benda yang extravagant tapi bila dah semakin matang ni rasa nak simple sahaja, intimate.

"Saya tak mahu terlalu bermajlis… cukup yang ringkas sahaja, lagi pula sekarang dalam pandemik kena mengambil kira beberapa faktor dan sebagainya.

"Risau juga dalam keadaan sekarang ni kes Covid-19 masih tinggi, kita tak tahu lagi macam mana... apa-apa berita baik nanti pasti saya akan kongsikan," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, tambah Uyaina, tarikh muktamad untuk melangsungkan perkahwinan masih belum ditetapkan lagi, namun sudah melakukan beberapa persiapan menjelang hari bahagianya itu.

"Saya happy bila tengok ramai kawan dah dirikan rumah tangga mungkin sebab dah tangguh kerana lockdown dan PKP... begitu juga kami sedang menuju ke arah menghalalkan hubungan.

"Persiapan itu ada, lagi-lagi pula ia melibatkan keluarga dan mereka tahu kita sedang berkawan tapi tarikh spesifik masih lagi pilih-pilih sebab kami nak tengok situasi semasa dulu.

"InsyaAllah nanti dah tentu tarikh dan ada perancangan barulah kita akan beritahu sebab sekarang ini kita perlu mengambil kira beberapa faktor," jelasnya kepada mStar.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: