Penyanyi veteran, Zaiton Sameon rasa terkilan apabila masih dianggap mempunyai masalah kesihatan sehingga kini. Dalam pada itu, penyanyi lagu popular 'Menaruh Harapan' itu turut menyimpan hasrat untuk membuat kemunculan semula dalam dunia hiburan memandangkan dia masih aktif menyanyi ketika ini namun terhenti seketika akibat pandemik.
"Ingatan saya dah makin okey.. Saya masih menyanyi lagi tapi disebabkan C0V1D ini berhenti buat sementara waktu. Saya selalu buat persembahan di majlis perkahwinan," jelas Zaiton atau nama sebenarnya Zaiton Bin Haji Sameon, 64, yang berkata dia berasa seperti bernyawa kembali apabila dapat menghiburkan orang ramai di pentas nyanyian.
Selain menghiburkan peminat di majlis perkahwinan, Zaiton yang kini dijaga adik angkat turut mengusahakan perniagaan makanan yang dikenali sebagai rendang Nasib di mana ia merupakan hasil air tangan penyanyi itu sendiri.
Klik untuk gambar besar
"Sekarang ini juga memang terjejas pendapatan dan saya tengah usahakan rendang Nasib yang saya masak sendiri jadi boleh jana pendapat sedikit," jelasnya.
Zaiton yang menjadi tular baru-baru ini di aplikasi TikTok kerana tetap tersenyum menyanyikan lagu untuk peminat meskipun turut terjejas banjir di atas rakit dilaporkan telah ditemui di kediamannya yang terlekat di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, Selangor menerusi program Ziarah Prihatin Seniman.
________________________
No comments:
Post a Comment