06 January 2022

ADIK KANDUNG PALSUKAN 'SIGN' UNTUK PINJAMAN RM600K - RUMAH & KERETA IRWANSYAH DISITA



Penyanyi dan pelakon dari Indonesia, Irwansyah baru-baru ini telah dianiaya oleh adik kandungnya sendiri, Hafiz Fatur apabila kereta dan rumah milik pelakon filem 'Heart' itu telah disita oleh bank.

Menurut laporan Liputan6, Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar telah membuat laporan polis pada 19 November lepas terhadap Hafiz kerana melakukan penyelewengan duit.

Hafiz dikatakan telah membuat pinjaman wang di bank berjumlah 2 billion Rupiah (RM600,000) dan telah memalsukan tandatangan Irwansyah pada surat tanah dan kenderaan miliknya.

Klik untuk gambar besar



Peguam Irwansyah, Muhammad Zakir Rasyidin berkata bank telah menghantar surat notis ke rumah anak guamnya itu mengatakan dia tidak membuat bayaran ansuran berkaitan pinjaman di bank berkenaan.

"Setelah disemak, saya dapati banyak surat yang mengesyaki Hafiz memalsukan tandatangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar atas kepentingannya untuk meminjam wang daripada bank. Pinjaman itu berjumlah Rp 1 hingga Rp 2 billion," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: