06 January 2022

LAWAN 'LIMA SEKAWAN' DI MAHKAMAH TINGGI - NANA TAK GENTAR



Kes perbicaraan saman membabitkannya dan lima sekawan sebanyak RM2.5 juta, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, bersetuju dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Peguam mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin ketika dihubungi berkata, anak guamnya tiada masalah untuk bersetuju dengan defendan yang inginkan kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Tinggi seperti dimohon.

"Selaku pihak responden (plantif) selepas mengambil kira kepentingan anak guam, Siti Nordiana bersetuju untuk kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Maka, perbicaraan di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

"Mahkamah juga memerintahkan tiada kos dikenakan kepada semua pihak yang mana perpindahan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi dibenarkan bagi memberikan ruang bicara yang lebih adil kepada semua pihak.

Klik untuk gambar besar



"Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih luas untuk memberi remedi (ganti rugi) kepada Siti Nordiana sekiranya keputusan kes memihak kepada anak guam," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Abang Azlan, perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi dijangka bermula hujung bulan ini atau awal Februari depan kerana tarikh baharu belum diputuskan pihak mahkamah.

Lima sekawan disaman Siti Nordiana ialah penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof dan isterinya Nur Sheila Hassim; penyanyi Syura atau Zuraidah Badron; Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: