06 January 2022

"KASIHAN KENA CARI AKU DI PADANG MAHSYAR" - ISTERI CAPRICE BALAS KECAMAN NETIZEN



"Diam bukan takut atau salah sebab aku tiada dosa terhadap manusia dan hanya dosa dengan Allah SWT. Aku minta maaf. Tetapi anda semua yang asyik mengecam, kalau aku tak maafkan, kasihan nanti kena cari aku di Padang Mahsyar."

Demikianlah balas isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Enalis berhubung kecaman yang masih diterimannya daripada netizen, msekipun hampir dua bulan mendirikan rumah tangga.

Baru-baru ini, Elis ada memuat naik satu perkongsian memaparkan komen negatif netizen yang dilemparkan terhadap dirinya. Tenang membalas komen tersebut, Elis meminta individu tersebut supaya berhenti melakukan perkara sedemikian kerana bimbang mereka yang akan mencarinya di padang mahsyar kelak.

Terdahulu, Elis meluahkan rasa geram apabila ada segelintir netizen menuduhnya hanya sekadar 'berlakon' ketika membantu mangsa banjir. Tidak hanya berdiam diri, Farra membalas komen tersebut secara sinis mahu menaja individu tersebut untuk bertemu dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan hati.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: