06 January 2022

NETIZEN KECAM AMEERA KHAN KONGSI BABAK FILEM DALAM PAWAGAM - GSC PANDANG SERIUS



Personaliti media sosial terkenal, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan baru-baru ini telah memuat naik rakaman babak filem 'House Of Gucci'. Bagaimanapun, perkongsiannya itu mengundang kecaman teruk.

Terdahulu, kakaknya seorang selebriti terkenal, Noor Neelofa pernah dikecam netizen selepas berkongsikan babak dalam filem 'The Lion King' pada 2019.

Sejak semalam, hangat diperkatakan apabila seorang pengguna Twitter berkongsikan Insta Story Ameera berkongsikan babak filem berkenaan. Netizen mempersoalkan masih ada lagi yang melakukan perkara sedemikian, msekipun sudah masuk tahun 2022.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian pengguna Twitter itu mendapat perhatian GSC Cinema yang mengatakan pihak mereka mengambil serius tentang perkara itu dan akan mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana umum mengetahui tidak dibenarkan merakam ketika menonton wayang.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: