06 January 2022

VICHA: "SAYA HAMIL KETIKA MENYERTAI MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2019"



Semua sedia maklum mengenai staus terkini pelawak dan pelakon, Vicha selepas dia mendedahkan sudah pun bergelar isteri sejak tiga tahun lalu dengan seorang jejaka warganegara Nigeria, dikenali sebagai Johnson.

Hasil perkongsian hidup, kata Vicha, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Michael Trevor Ayomide, yang kini berusia dua tahun. Jelasnya yang berasal dari Indonesia itu, dia mengandungkan Michael ketika menyertai Muzikal Lawak Superstar 2019.

"Saya hamil ketika menyertai Muzikal Lawak Superstar 2019. Saya mengenali suami dari tahun 2015 jadi bermaksud kami saling kenal dalam tujuh ke enam tahun, cuma kahwin lebih tiga tahun lalu begitu. Tidak ada perselingkuhan, tiada drama. Doa saya dimakbulkan mengenai pasangan yang diingini itu, ada padanya," katanya.

Berkongsi mengenai keperibadian suami, Vicha yang tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinan keduanya itu, memberitahu suami seorang lelaki yang bertanggungjawab meski tidak terlalu romantik.

Klik untuk gambar besar



"Keistimewaan Daddy (nama panggilan), dia seorang yang bertanggungjawab, suka bagi nasihat. Kalau kita ada buat kesilapan dia akan beritahu apa yang silap. Selain itu dia tidak terlihat sebagai romantik yang berlebihan, akan tetapi kita boleh rasa yang dia penyayang.

"Yang penting pada awal perkenalan, saya beritahunya bahawa sebelum ini, ada lelaki yang cuba ambil kesempatan, ada juga yang berlaku curang. Jadi saya tidak mahu berikan peluang kedua.

"Kalau kamu tidak jujur, saya akan pergi. Alhamdulilah dia pun beritahu, mahu cari pasangan yang serius. Lalu dari dulu sampai sekarang, tiada drama atau masalah orang ketiga," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: