06 January 2022

"YOU CANNOT DOWNGRADE YOURSELF..." - VIDA KURANG SENANG ASHIRA KERJA CUCI PINGGAN, TIADA NIAT HINA



"Saya cakap pada Ashira, dia cantik, you cannot downgrade yourself dengan kerja mencuci pinggan. Tak elok la kerana dia artis dan banyak lagi kerja dia boleh buat. Tapi Ashira kata tak apa, dia nak tolong kawan katanya. Kerja mencuci pinggan tu tak salah. Cuma dengan kebolehan, kemahiran dan wajah yang jelita itu ada kerja lain lebih sesuai dengannya.

"Jangan bersikap skeptikal dengan kenyataan saya memberi amaran itu. Bukan nak hina orang kerja cuci pinggan tapi saya sendiri melihat Ashira banyak potensi. Saya ada plan untuk lakukan sesuatu bersama Ashira. Tapip kalau saya cakap nanti orang kata nak ambil kesempatan untuk berniaga.

"Saya kasihan dengan dia, Ashira seorang yang ikhlas dan baik. Bad pula mungkin ada kebaikan yang dia buat kerana dikurniakan seorang isteri yang baik seperti Ashira," itulah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang meluahkan kurang senang apabila penyanyi Ashira melakukan kerja sambilan di sebuah restoran dengan mencuci pinggan pada setiap hujung minggu untuk menambah pendapatan.

Klik untuk gambar besar



Dek kerana itu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, meminta isteri kepada Bad Indigo ini supaya berhenti melakukan kerja tersebut. Tiada niat menghina, Vida berkata Ashira tidak sepatutnya merendahkan imejnya sebagai artis.

Sebelum ini menerusi laporan mStar, Ashira menjelaskan dia bukan bekerja secara tetap sebaliknya hanya diberikan 'token' selepas membantu rakannya yang mengusahakan kedai makan pada setiap minggu.

Namun, komen Vida di laman Instagram mStar menjadi perhatian ramai dimana dia mengatakan sudah memberi amaran kepada Ashira supaya berhenti bekerja mencuci pinggan. Susulan komennya itu, rata-rata netizen menganggap kenyataannya itu seolah menghina kerja mencuci pinggan. Namun, Vida berkata dia mahukan yang terbaik buat Ashira.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: