"7 jam di OT dan sekarang masih mabuk dadah. Setinggi2-tinggi penghargaan buat Dr Hisham dan team orthopaedic yang bertarung untuk seketul nyawa ini. Moga syurga menanti anda.
"Open reduction and internal fixation of left scapula. Insha-Allah saya akan ok. Terima kasih atas doa dan kasih sayang semua. #alhamdulillah #dahpakaispender," demikianlah tulis pelakon Azhan Rani, 45, yang mamklumkan dia sudah selamat menjalani pembedahan tulang belikat di sebuah pusat perubatan swasta di Rawang, petang semalam.
Akibat kemalangan ketika menunggang motosikal menuju ke lokasi penggambaran di Rawang, Ahad lalu, pelakon berasal dari Tanjong Karang, Selangor ini telah mengalami pecah tulang belikat dan retak bahu serta rusuk.
Azhan berkongsi detik cemas ketika melalui Jalan Templer, apabila dua penunggang motosikal yang didakwa secara tiba-tiba memasuki laluannya dan membuat pusingan 'U', hingga mereka bertembung. Lebih menggerunkan, dakwa Azhan, dalam kekalutan itu, dua pemandu lori pantas mengelak dan menghentikan kenderaan. Jika tidak, pasti keadaan menjadi lebih buruk.
Klik untuk gambar besar
Dalam pembedahan itu, doktor difahamkan memasukkan dua plat kepada tulang belikat Azhan yang pecah. Bagi anggota lain yang cedera, Azhan perlu menjalani fisioterapi. Pelakon drama rantaian 'Nur' ini yang tidak dibenarkan melakukan kerja berat selama beberapa bulan sehingga pulih sepenuhnya, memohon maaf kerana tidak dapat melayan panggilan telefon dan mesej.
Dalam entri berasingan di IG, Azhan melafazkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk bernafas. Azhan mendakwa, jika tidak kerana ketangkasan pemandu lori yang menghentikan kenderaan itu, dia tidak tahu apa bakal berlaku kepadanya.
Azhan juga memohon maaf kepada dua penunggang motosikal terbabit kerana tidak sengaja meninggikan suara selepas kejadian itu. Selain itu, Azhan menasihati mereka agar lebih berhati-hati ketika menunggang motosikal.
________________________
No comments:
Post a Comment