24 January 2022

INI JAWAB WAKIL ISU KEPUTUSAN FINAL DIDAKWA BOCOR, KEJUARAAN ALIFF AZIZ & AWEERA NO 6 DIPERTIKAI



Ketika ini kecoh apabila ramai yang mempertikaikan kemenangan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Ada yang kata sepatutnya Nikki Palikat yang menjadi juara pada konsert akhir tersebut. Bukan itu sahaja, malah kedudukan bintang GV8 Aweera malam semalam mencetuskan 1,001 persoalan dan rasa tidak puas hati apabila hanya mendapat tempat keenam di final.

Lebih menggemparkan apabila muncul pula dakwaan yang kononnya keputusan keseluruhan sudah diketahui awal. Ini semua gara-gara sebuah blog yang memuat naik keputusan keseluruhan GV8 ketika pusingan 'battle' sedang berlangsung.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika ditanya berhubung perkara ini menjelaskan, dia mengetahui isu ini selepas menerima tangkapan skrin (screenshot) artikel blog tersebut. Tegas Raqim, dia sangat yakin tidak ada yang membocorkan keputusan kepada orang luar.

"Saya tak rasa ada bocor (keputusan) tapi saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kami tahu keputusan dalam pukul 11.30 malam tapi dari screenshot yang saya terima artikel itu dikongsikan pada pukul 11.01 malam. Dari pihak kami, saya sangat pasti tak ada yang membocorkan awal daripada masa sepatutnya. Tetapi, isu ini kami boleh siasat. Mungkin ada masalah teknikal dari pihak sana.

Klik untuk gambar besar



"Markah semua dikira oleh audit yang duduk bersama dengan produksi di backstage. Yang tau dulu keseluruhan markah semestinya saya, Tok Ram dan semua juri. Jadi, tak mungkin keputusan malam ini (Ahad) bocor," jelasnya.

Sementara itu, Datuk Ramli MS selaku juri tetap GV8 tampil menjawab ketidakpuashatian peminat atas keputusan tersebut dengan mengatakan dia berpendapat persembahan meyakinkan menerusi segmen solo dan duet menjadi kelebihan buat Aliff sehingga diumumkan sebagai juara.

Bagaimanapun menurut Ramli, persembahan 'battle' di antara Nikki (naib juara) dan Suki Low (tempat ketiga) menerusi lagu 'Gangnam Style' nyanyian asal PSY lebih menyerlah, berbanding gandingan Aliff dan Aweera menerusi lagu 'Bangun' milik Aman Ra. Berkongsi lanjut, maestro muzik itu mengakui memberikan markah tinggi menerusi persembahan harmoni yang dibawa Nikki dan Suki.



"Dia menang dekat segmen solo dan duet, meski pada pusingan 'battle' dia tak boleh lawan gandingan Nikki dan Suki. Mereka punya 'battle' sangat bagus, tapi mereka kalah pada Aliff untuk solo dan juga duet.

"Memang saya sangat suka mereka punya 'battle' tadi. Tak nampak macam 'battle', ia kolaborasi seperti grup. Akan tetapi mereka masih 'fight' sesama mereka. 'Silaturahim' itu dalam good tv dari sudut positif... Memang saya beri markah yang sangat tinggi. Cuma bukan kepada sesi solo dan duet. Bagi saya, Aliff persembahkan lebih baik," katanya.

Mengenai kekalahan Aweera pula, Ramli MS atau lebih dikenali Tok Ram menjelaskan, sebenarnya banyak berpunca daripada pemilihan lagu. Tambahnya, persembahan solo dan pusingan 'battle' Aweera juga agak kurang memuaskan.

"Nombor satu pemilihan lagu salah. Lagu duet tu lagu perempuan. Kalau pada saya if lagu untuk minggu berikutnya keluar, saya tak tahu dan bila dah keluar dah tak boleh buat apa-ара. Jadi bila rakan duet perempuan akan ada masalah besar range, sebab lagu tu lagu perempuan, kalau dia nyanyi dengan lelaki ok. That song bukan dia execute very well. Dengan jiwa rock masuk dalam balad, salah rumah la pada saya. Lagu Beggin so so. Rap pula, other people better than him," ujarnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: