24 January 2022

KENAPA ADA YANG TAK PUAS HATI BILA ALIFF AZIZ JADI JUARA GV8?



Meskipun ramai yang meramal bahawa Nikki Palikat bakal menjuarai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), namun tekaan mereka meleset sama sekali apabila Aliff Aziz memberi kejutan muncul sebagai juara.

Kemenangan tersebut sekaligus membuatkan Aliff membolot wang tunai RM100,000 berserta trofi. Bagaimanapun, ada yang mendakwa, Aliff menang disebabkan juri yang berasal dari Singapura. Betulkah begitu?

Namun pada konsert akhir itu, Aliff telah menyampaikan tiga buah lagu iaitu lagu solo 'Sampai Syurga', 'Dealova' duet bersama Hafiz Suip dan 'Bangun' battle dengan Aweera.

Klik untuk gambar besar



Dia telah mendapat pujian daripada Joe Flizzow yang mendakwa Aliff berjaya membawa lagu rap dengan baik.

Manakala Nikki pula hanya membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi sebagai naib juara.

Bagi tempat ketiga dengan wang tunai RM30,000 bersama trofi diduduki Suki. Kedudukan keempat dan kelima diambil alih oleh Azan Scan dan Adibah Noor yang masing-masing membawa pulang RM20,000 dan RM15,000 berserta juga trofi.



Apa yang mengejutkan ramai, Aweera hanya mendapat tempat keenam dan mendapat wang tunai RM10,000 dan juga trofi.

Apa komen anda? Adakah senarai pemenang GV8 itu memenuhi ramalan anda dan ramalan ramai?

Ini kerana, sememangnya GV penuh dengan kejutan apabila pada 2019, rancangan ini mempunyai dua juara iaitu Naqiu (Malaysia) dan Hady Mirza (Singapura).









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: