13 January 2022

KENYATAAN 'BELI BERAS' - AISHAH NAFI AIBKAN SUAMI



"Marah betul sesetengah orang apabila saya menceritakan pengalaman sebagai isteri yang beli beras. Relax... saya sebut begitu kerana ia betul-betul terjadi. Bagi saya ia tak aib apa pun. Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai kaum wanita lain.

"Tak payah bertubi-tubi DM (direct message) nak maki hamun saya," demikianlah kata penyanyi Aishah apabila menerima banyak teguran dan cacian daripada pengikut media sosial kerana mendakwa bertindak membuka aib bekas suami.

Perkongsian Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 57, tentang pengalamannya sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab membeli beras untuk keluarga mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup saya la isteri yang membeli beras," tulisnya sebelum ini.

Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian berkenaan namun mendoakan agar penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu diberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: