29 January 2022

KONGSI SESI FOTOGRAFI SEBUAH DRAMA - ZUL ARIFFIN DITEGUR LAGI



Sekali lagi pelakon Zul Ariffin ditegur berkenaan perkara sama iaitu berpegangan tangan dan berpelukkan apabila memuat naik video ketika menjalani sesi fotografi bersama Nelissa Nizam untuk poster rasmi drama bersiri 'Tarik Aku Ke Syurga'.

Diruangan komen rata-rata peminat meninggalkan komen patah hati dan cemburu melihat kemesraan pelakon berbadan sasa itu bersama Nelissa.

Dek kerana video terbabit, Zul telah menerima kecaman daripada netizen yang menyifatkan 'posing' membabitkan sentuhan dan pelukan itu agak keterlaluan.

Klik untuk gambar besar



Tidak kurang juga ada yang memberikan teguran kepada pelakon itu supaya lebih menjaga batas pergaulan. Meskipun ada komen kecaman diberikan, namun Zul tidak memberikan sebarang respon mahupun membalas komen netizen mengenai perkara itu.

Bukan pertama kali dikecam, baru-baru ini perkongsian Zul mendukung seorang wanita bertudung bagi mempromosikan satu produk juga turut menerima kecaman netizen.

Bagaimanapun, Zul berkata dia tidak pernah mengatakan dia tidak akan berlakon mendukung wanita dan aksinya mendukung dan memegang tangan pengasas produk itu iaitu Farah Abdul Aziz berlaku secara spontan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: