29 January 2022

SELAMAT BERTUNANG - ZULIN AZIZ BAKAL NIKAH 20 FEBRUARI 2022



Pelakon Zulin Aziz akhirnya bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi apabila dia kini telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati yang juga rakan kongsi bisnes, Farhan Rozaini malam semalam.

Majlis diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga Zulin dan Farhan di kediaman abang Zulin di Segambut itu kira-kira jam 9 malam semalam.

Pada majlis tersebut, Zulin menerima dua bentuk cincin iaitu cincin merisik serta bertunang dan pasangan itu merancang untuk melangsungkan pernikahan pada 20 Februari depan.

Zulin berkata, jejaka berusia 35 tahun itu melamarnya di Madinah ketika mengerjakan Umrah baru-baru ini serta meluahkan rasa syukur Allah memperkenankan doanya.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika di Madinah. Sebenarnya, sudah lama kami merancang, akhirnya, Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

"Majlis pada malam ini (semalam) diadakan serba ringkas. Malah, atas permintaan famili, kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat demi menjaga prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Dalam pada itu, Zulin berkongsikan tunangnya itu seorang yang bertanggungjawab serta percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.

"Dia bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersamanya dan boleh meluahkan apa sahaja," ujarnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: