29 January 2022

USOP NAFI PUKUL TUNANG SAMPAI MATA LEBAM: "INGAT SAYA TAK ADA AKAL KE?"



"Oi netizen, tak kan saya pergi pukul tunang saya. Orang lelaki kalau pukul perempuan ni dayus. Ingat saya tak ada akal ke?" itulah kata penyanyi Usop Mentor menerusi video di TikTok miliknya dimana dia tampil menafikan dakwaan memukul tunangnya, Nur Fatihah Md Hashim atau lebih mesra disapa Teha sehingga bahagian bawah mata kiri wanita itu lebam.

Perkongsian tunang menjadi perhatian apabila meluahkan rasa gusar menjelang hari pernikahan apabila bawah matanya terdapat kesan lebam. Menerusi video yang kongsikan di TikTok itu, Teha turut berkongsikan video dan gambar ketika pre-wedding serta wajah terkininya yang jelas kelihatan kesan cedera di bawah mata.

Video berkenaan turut sertakan dengan keterangan 'hancur berkeping' bersama latar belakang muzik lagu 'Kepingan Hati'. Susulan video tersebut, ramai netizen salah faham serta menyangkakan Usop memukul tunangnya.

Klik untuk gambar besar



Namun, Teha menjelaskan kesan lebam tersebut adalah disebabkan terhantuk pada bucu meja: "Sedih sebab nak kenduri tapi lebam tak hilang hilang. Terhantuk bucu meja," tutur Teha beserta emoji nangis.

Untuk makluman, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 24, dan Fatihah, 25, mengikat tali pertunangan secara tertutup pada 4 November lalu Butterworth, Pulau Pinang.

Sementara itu, berkongsi mengenai perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 4 Februari ini, Usop berkata segala persiapan sudah selesai dilakukan oleh kedua-dua pihak.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: