01 January 2022

"SELF REWARD UNTUK 2022" - WANI KAYRIE BERSYUKUR BERJAYA BELI MERCEDES-BENZ



Penyanyi dan pelakon Wani Kayrie, 22, meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli kereta mewah jenis Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000.

Wani berkata, dia sudah lama mengidamkan memiliki kereta sendiri. Menurut Wani, kereta itu juga dibeli hasil titik peluh bekerja dari pagi pulang pagi.

"Self reward untuk 2022. Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini. Saya sudah lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian. Sebelum ini sudah ada kereta lain, tapi itu lebih pada kereta keluarga.

"Nak beli kereta ini bertahun juga saya kumpul duit. Syukur, ini semua titik peluh kerja pagi balik pagi, kerja 'back to back' sampai sakit.

Klik untuk gambar besar



"Semoga dengan hadiah ini menjadikan saya lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi ke depannya. Sesungguhnya, percayalah pada proses kehidupan yang indah," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Wani atau nama sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah, di sebalik kejayaan dikecapi dalam kerjayanya terselit doa daripada semua peminat.

"Kereta ini sudah ambil seminggu lalu. Tapi, disebabkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan dengan banjir melanda, saya nak menghormati semua. Itu yang saya muat naik hari ini sempena tahun baharu ini.

"Terima kasih semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Di sebalik kejayaan saya, terselitnya doa daripada anda semua. Semoga yang baik-baik saja untuk kalian," ujarnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: