13 January 2022

"TAK HABIS-HABIS PETIK 'JIHAD'..." - CAPRICE BENGANG PERJUANGANNYA DIPERTIKAI



"Cap tak faham kenape ramai tak habis2 petik "Jihad" Cap baru2 ni. Tapi dari lagu Chikaro, Xde Hal Bro, dan BAL.. ok je Cap berkarya at the same time do my "jihad in education". Tak kan nak tunggu jadi perfect baru nak cuba buat bende baik?

"Cap memang suka berkarya dalam seni hiphop tapi at the same time, selama 5 tahun ni alhamdulillah kita dapat bina apps like mengaji.com, Umrahloka, and IslamPro for our communities. Just my SMALL contribution to help more bad people like me.

"Yang tak habis2 perli jihad kita, I will never stop "jihad in education" since kita bukan buat tu demi manusia. But I will continue to berkarya in music and film for as long as i enjoy it.

"Korang yang ahli syurga Cap nak ucap taniah sebab awal2 dah boleh bau syurga, insyaAllah one day my small contributions can be weighed in the hereafter," ujar penyanyi rap sensasi iaitu Caprice yang meluahkan rasa geram lantaran sehingga kini masih ramai pihak yang mempertikaikan cara beliau memperjuangkan jihad sebagaimana dia laungkan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Caprice atau sekarang ini mahu dikenali sebagai Daddycap berkata dia percaya jika seseorang itu mahu lakukan satu kebaikan, tidak perlu untuk tunggu sehingga dirinya menjadi insan yang sempurna.

Beliau berkata demikian di dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, semalam, seiring dengan mempromosikan pelancaran single terbarunya berjudul 'Ayah'.

Dalam pada itu, Daddycap turut memberitahu biarpun dia seorang selebriti yang gemar berkarya dalam seni hip hop, namun beliau tidak akan lupa jihadnya yang diperjuangkan sebelum ini. Tambahan lagi, dia juga sempat memerli netizen-netizen yang sering mengecamnya sebagai ‘ahli syurga’ di dalam hantaran yang sama.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: