"Aku udah freeze egg kak, sebenarnya nak buat dari 4 tahun lalu, tapi baru kesampaian tahun lepas," demikialah ujar pelakon wanita terkenal Indonesia, Luna Maya yang mendedahkan dia sudah pun siap-siap menjalani proses membekukan sel telur (ovum) tahun lalu.
Luna turut mengakui yang dia akur dengan takdir dalam urusan jodoh yang belum kunjung tiba. Perkara itu dikongsikan menerusi satu rakaman YouTube Venna Melinda.
Perancangan tersebut ingin dilakukan 4 tahun lalu, namun baru berkesempatan selepas mengenal pasti pusat berkenaan di Indonesia.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, ovum tersebut akan dibekukan dan disimpan untuk proses fertilization kelak. Kini, Luna tidak lagi merasa tergesa-gesa untuk berkahwin dan lebih tenang menjalani hidupnya seperti biasa.
Dalam pada itu, Luna juga mendedahkan dia kini sudahpun berbaik-baik dan saling berhubung dengan bekas teman lelakinya yang juga vokalis kumpulan Noah, Ariel dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka berdua kembali menjalinkan hubungan seperti dulu.
________________________

No comments:
Post a Comment