13 February 2022

"DUA TAHUN LEBIH BERTAHAN DARI TERKENA..." - AFDLIN SHAUKI DISAHKAN POSITIF C0V1D



"Minta maaf semua, dah dua hari kena dan simptom makin menjadi. Cuma tak ada sesak nafas lagi. Maaf kalau tak dapat jawab panggilan telefon atau balas mesej. Saya anggap Allah SWT mahu aku rehat sementara, enam dari 'team' (pasukan) aku kena selepas dua tahun lebih bertahan dari terkena C0V1D.


"Harap maaf atas segala kesulitan tapi sekarang tiba masa untuk aku jaga diri," demikianlah tulis pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki, 51, yang berkongsi berita sedih dimana dia kini menjalani kuarantin diri selepas disahkan positif C0V1D sejak dua hari lalu dan mempunyai gejala.

Khabar duka dihadapi itu dikongsikan Afdlin di laman Instagram miliknya menerusi paparan status daripada My Sej@hter@ yang berwarna merah sekali gus menunjukkan dia disahkan positif C0V1D.

Dalam perkongsian hantaran yang baharu dibuat itu, rata-rata pengikutnya dan rakan selebriti mendoakan Afdlin terus kuat dan sabar menghadapi ujian kesihatan berkenaan dan memohon semoga Allah memberikannya kesembuhan yang cepat.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: