13 February 2022

MUAT NAIK AKSI MANDI BUIH SAMBIL PROMOSI LAGU - JANNA NICK KENA KECAM



Baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick telah memuat naik video yang asalnya dari platform TikTok berdurasi kurang 20 saat.


Melihat pada video tersebut, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, sedang mempromosikan lagu terbarunya berjudul 'Gatal' sambil berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi buih dengan menunjukkan pelbagai aksi: "JANGAN GATAL OK," tulisnya di ruangan kapsyen.

Hantaran berkenaan bagaimanapun telah mencuri perhatian wargamaya dimana rata-ratanya meluahkan rasa kurang selesa mereka dengan aksi mandi buih itu. Bukan sahaja itu, perkongsian tersebut juga mengundang pelbagai komen yang tidak senonoh daripada segelintir golongan lelaki.

Klik untuk gambar besar



"Dulu tak macam ni pun." - "Ampunkan kami Ya Allah, kurniakanlah kami rasa malu Ya Allah." - "Ni kira simptom sakit mental ke?" - "Teruskan usaha anda. Beginilah baru dinamakan artis." - "Tak nampak apa pun, Husnuzon. Mungkin dia pakai baju putih kat dalam bathtub netizen sekalian," sokong seorang wargamaya.

"Kak Janna ingat Allah, please tak elok buat content macam ni. Lelaki kat komen ni pun." - "Mana la tak depression, awak yang mulakan dulu. Moga awak dapat hidayah. First time saya komen, terasa macam perlu juga komen, lama dah saya pendam," antara komen-komen wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 500,000 tontonan daripada warga Instagram. Terdahulu, Nora teruk dihentam wargamaya setelah memuat naik foto mandi buih bersama suaminya, Nedim Nazri Aziz sehingga membuatkan dia memadam perkongsian tersebut.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: