13 February 2022

"2 MORE TO GO..." - ERMA FATIMA DAPAT MENANTU LAGI, ANAK KEDUA SELAMAT BERNIKAH



"Alhamdulillahhhh... Terima Kasih Allah. Moga mendapat berkat rahmat dan bahagia hingga ke jannah. Yeahhhhhh... dapat menantu lagi. 2 more to go....😉😉😉😉," demikian tulis penerbit, pengarah dan pelakon, Erma Fatima yang memanjatkan rasa syukur apabila anak keduanya, Ahmad Arir, 25, telah pun selamat bernikah dengan pilihan hatinya.


Erma berkongsi rasa teruja menerusi laman Instagram, dengan memuat naik beberapa foto dan video ketika majlis akad nikah anak lelakinya itu berlangsung.

Melihat pada video dikongsi Erma, Arir dan isteri dikenali sebagai Shira, dinikahkan abang pengantin perempuan dan majlis berlangsung di sebuah masjid di Klang.

Difahamkan, Arir dan Shira mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu di kediaman Shira di Meru, Klang. Sementara itu ruangan komen Erma dihujani ucapan tahniah warganet termasuk sahabat-sahabat industri.

Klik untuk gambar besar


























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: