13 February 2022

SEMBILAN AHLI KELUARGA POSITIF C0V1D - KHAI BAHAR LUAH RISAU



"Seramai 11 ahli keluarga tinggal serumah. Namun, hanya sembilan sudah disahkan positif ketika ini. Ia termasuklah ibu, kakak, adik, adik ipar dan lima anak saudara. Dua orang lagi masih menunggu keputusan ujian calitan yang sudah dibuat beberapa kali.


"Saya suruh adik membantu ibu melakukan ujian calitan kendiri. Keputusannya, positif C0V1D. Saya doakan mereka cepat sembuh. Mereka tidak tahu daripada mana boleh dijangkiti wabak ini.

"Tetapi, benda sudah mahu berlaku. Saya harap ibu dan ahli keluarga lain terus kuat. Doakan kesihatan dan kesejahteraan ahli keluarga saya," itulah kata penyanyi Khai Bahar, 27, yang dikejutkan dengan berita sembilan ahli keluarganya disahkan positif C0V1D, sehari selesai mengadakan konsert solo, Konsert Nafas Cinta Khai Bahar, semalam.

Klik untuk gambar besar



Berita duka itu dikongsi penyanyi lagu 'Luluh' itu menerusi Instagram (IG) Story dengan mengungkap semula perkongsian adiknya yang memuat naik enam kit ujian C0V1D kendiri.

Bagaimanapun, Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin memaklumkan ahli keluarganya yang positif C0V1D berada di kampung halamannya di Perlis. Khai berkata, dia bimbang apabila mengetahui ahli keluarga positif C0V1D.

Khai memaklumkan ibu terlebih dahulu menghubunginya memaklumkan keadaan seperti tidak sedap badan dan demam berpanjangan. Khai berharap, tiada perkara serius berlaku pada ahli keluarganya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: