13 February 2022

DIKRITIK LAGI - KALI INI BAJU KAK KM DIKATA TAK SESUAI DENGAN MAJLIS AKIKAH



Selepas dua bulan melahirkan anak keempat, usahawan kosmetik Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM baru-baru ini telah mengadakan majlis akikah anak perempuannya itu.


Berkongsikan video majlis tersebut di aplikasi TikTok dan Instagram, bagaimanapun penampilan Kak KM pada majlis tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila dia dilihat menggayakan busana putih dengan fesyen pada lengan bahagian atas dilihat terdedah.

Susulan penampilannya itu, rata-rata netizen mengkritik fesyen Kak KM yang dikatakan tidak sesuai dengan majlis berkenaan yang dipenuhi dengan alunan selawat dan zikir.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen, ada netizen mempersoalkan apa tujuan tudung di atas kepala itu. Malah ada yang berseloroh mengatakan mungkin busana itu tidak sempat siap atau lebih sesuai untuk dipakai ketika mengambil vaksin.

Untuk makluman, Kak KM dan suaminya, Razman Ramli dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, Rania, 12, dan Cinta Carissa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.





















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: