13 February 2022

TASHA MANSHAHR POSITIF C0V1D - RISAU KUARANTIN BERSAMA ANAK USIA 3 BULAN



Mula mengalami gejala awal iaitu sakit tekak pada Ahad lalu, penyanyi Tasha Manshahar memaklumkan dia telah disahkan positif C0V1D dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah bersama bayinya, Mateen Rizqi. Selain itu, penyanyi berusia 29 tahun itu turut mengalami gejala berterusan seperti pening kepala, sakit sendi, hidung tersumbat dan batuk.


"Simptom saya bermula Ahad lalu. Lepas itu dia macam berperingkat. Ahad, sakit tekak bawa ke Isnin. Selasa, tekak bertambah sakit, sakit sampai telinga. Petang kurang tapi datang pening kepala. Nak dekat maghrib, datang sakit sendi pula. Seram sejuk rasa. Telan panadol, selesai.

"Rabu, simptom yang semalam semua dah tak ada, hidung tersumbat pula. Khamis, hidung tersumbat dengan batuk. Suara pun dah mula serak sengau. Jumaat, batuk dengan hidung tersumbat tapi dah kurang. Sekali sekala datang kepala rasa berat," katanya menerusi Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi lagu 'Bukan Aku' ini turut memberitahu dia tidak mengalami demam panas dan masih mempunyai deria rasa serta bau. Tasha kini menjalani kuarantin bersama anak keduanya yang masih menunggu keputusan ujian calitan. Manakala suaminya iaitu penyanyi Raqib Majib dan anak pertama mereka, Muammar Rafiqi tidak dijangkiti wabak itu.

Dalam pada itu, Tasha mengakui dia berdepan dengan risiko apabila membuat keputusan untuk membawa bayinya yang berusia tiga bulan kuarantin bersama. Menurut Tasha, dia banyak menerima mesej daripada kaum ibu yang melalui pengalaman sama dan berharap anaknya tidak dijangkiti virus itu sehingga tamat tempoh kuarantin.

"Sebelum buat keputusan untuk bawa Mateen kuarantin bersama saya, risiko terbesar adalah Mateen pun akan positif. Tapi dalam hati sejujurnya, saya juga letakkan sedikit persediaan sekiranya selepas ikhtiar, Mateen positif juga," kata Tasha yang berkahwin dengan penyampai radio Zayan, Raqib Majid pada 8 September 2018 dan dikurniakan dua zuriat, Muammar Rafiqi, 3 dan Mateen Rizqi, tiga bulan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: