25 February 2022

SABRONZO DOLLA SUDAH LALI DIKECAM SEKSI



"Saya dah biasa dengan komen-komen macam itu. Kalau bercakap mengenai pakaian, memang begini cara saya berpakaian sejak dulu. Ini adalah cara mengekspresitasikan diri dan cara berpakaian juga adalah seni.


"Seperti bintang Korea, mereka juga menjadikan cara berpakaian sebagai medium untuk memperkenalkan identiti masing-masing. Seperti video di Tik Tok, saya juga gemar menari kerana dulu memang mengajar tarian.

"Jadi mungkin cara tarian itu menampakkan saya lebih seksi dan sebagainya. Saya memang minat menari, malah ada permintaan untuk membuka kelas cuma kekangan dari segi masa kerana komitmen kerja," kata anggota Dolla, Sabronzo, 27, yang menegaskan gaya berpakaian sebagai ekspresi diri seperti mana bintang Korea memperkenalkan identiti mereka dengan cara tersendiri.

Klik untuk gambar besar



Sabronzo atau nama sebenar Sabrina Rusli berkata, dia sudah lali dengan komen dan kecaman netizen yang dilemparkan terhadap dirinya. Malah, mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing isu terbabit.

Sabronzo yang turut menceburi bidang lakonan itu menjelaskan, apa yang dilihat netizen adalah imejnya sejak dulu sebelum bergelar selebriti.

Ujarnya, setiap orang mempunyai cara dan perjalanan hidup masing-masing dan dia memilih untuk mengenakan imej sebegitu. Namun katanya dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berubah atau sekurang-kurangnya mengurangkan imej seksi pada masa akan datang.



Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Sabronzo meluahkan keterujaan dengan penjualan album mini Dolla yang mendapat sambutan luar biasa peminat.

"Pada mulanya kami membuka 'pre-order' sebanyak 500 unit saja untuk album ini dan dalam tempoh 12 jam sudah habis terjual. Ramai peminat mengadu terlepas peluang dan berdepan kesukaran sewaktu buat tempahan. Kami sendiri memang tak sangka ia akan terjual begitu pantas. Disebabkan itulah kami beranikan diri buka tempahan tambahan untuk 500 unit lagi dan itu pun terjual habis dengan cepat," jelasnya.

Tambah Sabronzo, percaturan melancarkan album itu selepas kejayaan Dolla di platform muzik digital sentiasa menjadi impian utama mereka. Baginya, album berbentuk fizikal pasti lebih istimewa untuk dimiliki oleh peminat.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: