25 February 2022

VIDA KINI DAH ADA PA BARU - PILIH INFLUENCER KACAK, BAYAR GAJI RM10,000 SEBULAN



Sebelum ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida memaklumkan yang dia sedang mencari lelaki kacak bagi mengisi kekosongan jawatan pembantu peribadi.


Terkini, Vida mendedahkan dia telah menemui pembantu peribadi 'idamannya' dikenali sebagai Qushayry atau Abang Qu yang merupakan seorang influencer.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Vida berkata pemuda itu seorang yang pemalu jika dibandingkan dengan dirinya yang happy go lucky. Menurut Vida, ramai yang menghantar resume untuk menjadi pembantu peribadi barunya dan calon-calon semuanya hebat-hebat belaka.

"Bismillah, PA baru saya (Abang Qu). Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah... semua hebat hebat..

Klik untuk gambar besar



"PA baru saya ni @abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah.

"Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki (Hadiah) dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kpd semua orang.

"Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi team QuPuteh .🍅🍅 Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn," tulisnya.



Sementara itu, pemuda itu turut memuat naik perkongsian di Instagram meminta orang ramai mendoakan agar perjalanannya di Empayar DSV dipermudahkan dan baik-baik sahaja.

"Ramai dm qush tanya; benar ke? Betul ke "tu Qush"? Srslaaa. Qush tersenyum dan angguk kepala sedikit sbg tanda, iyaa itu Qush lah. Rezeki bukan sekadar wang ringgit, rezeki hadir dalam pelbagai keadaan.

"Dikelilingi orang baik satu rezeki, ada kerja yang bagus pun juga satu rezeki. Qush tak minta banyak, doakan semoga perjalanan ini diberkati dan disenangi oleh semua. Aaminnkan untuk Qush pun dah cukup 🤍," katanya.

Terdahulu, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli merupakan PA kepada Vida. Malah, mereka juga merancang untuk mendirikan rumah tangga namun hasrat mereka itu tidak kesampaian.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: